Syarikat

Kenshido International


hq






Sejarah Penubuhan Score A Programme™
  • Dibangunkan oleh Kenshido International Sdn. Bhd. (dulu dikenali sebagai Edu-2u Portal Sdn. Bhd.) pada tahun 1999.
  • Pelopor yang terunggul dalam Portal Pendidikan.
  • R&D selama 3 tahun. Modal RM4.5 juta bagi mencipta perisian.
  • Pada tahun 2002, telah dilancarkan di 14 buah Sekolah Bestari di Malaysia. Diberikan secara percuma untuk di uji kerberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Hasil daripada percubaan sistem ke atas Sekolah Bestari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93% pelajar-pelajar yang menggunakan Score A Programme™ telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.
  • Dipasarkan secara berperingkat sejak pelancarannya pada tahun 2002.
  • Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dan diiktiraf oleh kerajaan, pada tahun 2006, Score A Programme™ telah dipasarkan secara meluas melalui konsep jaringan pemasaran iaitu MLM (Multi Level Marketing) agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang hebat ini di samping memberi peluang ke arah peningkatan ekonomi.

 
Kami adalah yang pertama dalam E-learning sejak dari tahun 1999. Kami telah membelajakan berjutaan ringgit untuk dilaburkan untuk 4 tahun untuk Penyelidikan dan Pembangunan(R&D). Selepas program ini disiapkan kami telah mengujinya di sekolah untuk memastikan produk ini adalah betul-betul berkualiti dan berkesan meningkatkan keputusan peperiksaan setiap pelajar yang menggunakannya. Akhirnya,selepas mendapat ribuan testimoni dari pelajar barulah program kita telah endorsed oleh Menteri Pendidikan dan barulah kami pasarkan produk kami pada tahun 2006.


Paid-up Capital (RM 5M)

Lembaga Pengarah Kenshido

director-jasonKokJason Kok Min Chong
Group CEO & President

Sebagai salah seorang daripada pengasas kepada Score-A Program, beliau juga bertanggungjawab meneraju usaha pemasaran syarikat. Beliau juga adalah seorang ‘Network Builder’ yang berjaya dan mempunyai pengalaman selama 20 tahun. Perkembangan syarikat secara mendadak ini, adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya. Jason menamatkan pendidikan menengahnya di Institut St. Micheal di Ipoh dan juga seorang juruaudit yang bertauliah. Setelah mendapat ijazah, Jason memulakan kariernya di Jabatan Hasil Dalam Negeri dan mula bekerja di sebuah bank perdagangan pada tahun 1985. Pada tahun 1988, beliau keluar untuk menerajui perniagaan ‘Networknya’ sendiri.
Hari ini Jason adalah seorang ‘Network Builder’ yang berjaya dan pernah menjadi ‘Top Leader’ bersama beberapa buah syarikat ‘networking’ dari USA lebih dari 10 tahun. Kecekapan Jason dalam ‘Network Marketing’, latihannya sebagai seorang akauntan bersama dengan pengalaman yang lain menjadikan beliau aset yang tidak ternilai kepada Edu-2U Portal Sdn Bhd.
norliaPuan Norlia Ahmad
Executive Iron Lady

Puan Norlia telah terlibat dalam penubuhan Edu-2U Portal Sdn Bhd dan bertanggungjawab mengadakan hubungan dua-hala dengan kerajaan. Selepas menghabiskan masa selama 2o tahun bekerja dengan berbagai kementerian kerajaan. Puan Norlia, melalui rangkai kerja hubungannya yang luas terbukti sebagai asset yang sangat berharga kepada perniagaan syarikat ini.





 Maklumat Dan Suasana Syarikat