Sunday, June 5, 2011

Terbaru

MALAM 515: SEJARAH TERPATERI

Sejarah Terpatri 15-Mei-2011 di Putrajaya International Convention Center dengan di saksikan 3,000 hadirin - Menteri PDNKK YB Dato’ Seri Ismail Sabri dah pun Endorse KEHEBATAN Kenshido!




Tahniah kepada Penerima Anugerah, terutama kepada :- 

  • Pelajar Terbaik 2010 UPSR, PMR, SPM
  • Top 30 Income Earner
  • 14 New Elite Club
  • 9 New Millionaire Club (dengan 2 orang mencipta sejarah selama 42 tahun Industri Network Marketing bertapak di Malaysia, belum pernah ada lagi jutawan yang sebegini muda dilahirkan, tetapi kini Score A telah pecah rekoddengan lahirnya Amelia Ang berusia 19 tahun dan Mohd Shafiq berusia 22 tahun, malah kedua-dua mereka melakukannya tidak sampai 2 tahun!)
  • 8 New Multi-Millionaire Club
  • Ikon Industri M.L.M. Sifu Aziz Samad (yg tak jemu2 turun padang membantu)
  • Top 5 Support Center dan ZRBMC sebagai Flagship Center
  • Penghargaan kpd Prof Hanafi (SA i-Teacher), Ust Azizan (e-Pendidikan Islam & Arabic), Ust Engku Ahmad Fadzil dan Ust Azizi (Panel Penasihat Tetap Syariah Kenshido), Prof Madya Dr Mahendran (UPM Research Keberkesanan Produk SA & Kejayaan Usahawan SA), dan Mr Mahendran (SA-Math Victory).


percaya - peluang - rezeki

Apa Sebenarnya Score A

PENGENALAN SCORE A

Score A Programme™

Program Yang Sungguh Hebat
Anak/Pelajar Score A,  IbuBapa/Kita Score RM
(RM30,000 sebulan dalam masa 3 bulan)
ZAMAN SEDANG BERUBAH…

Sudahkah ANAK ANDA bersedia menghadapi PERSAINGAN PELAJARAN?
Sudahkah ANDA bersedia menghadapi KEGAWATAN EKONOMI?
Score A Programme™ menyediakan peluang untuk anak/pelajar menjadi cemerlang di dalam pelajaran (di samping enjoy belajar), dan .......
ibubapa/kita menjadi gemilang di dalam bisnes

Pengenalan

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.

Score A Programme™ juga diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-

Sikap Para Pelajar:-

  • Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
  • Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;
  • Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan;
  • Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah; juga
  • Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja.

Masalah Ibu bapa:-
  • Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda;
  • Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda;
  • Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak;
  • Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun;
  • Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda;
  • Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar;
    Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan; juga
  • Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak.
Score A Programme™ ialah program Webucation (gabungan website dan education) yang pertama di Malaysia.

Webucation – The Sunrise Business
WEBUCATION, the fast growing Business Opportunity
In Forbes Magazine, Peter Drucker calls webucation "The Next Mega Trend." He states it will be the next Multi-Billion if not Trillion Dollar Industry. For those of you who don't know Peter Drucker; he is a highly respected worldwide management consultant guru and author of over 25 books on Business and Management

Mengikut kajian para pakar ekonomi dunia, seperti Peter Drucker, ‘Webucation’ adalah merupakan peluang perniagaan yang paling berpotensi untuk masa hadapan bahkan lebih berpotensi dari Makanan Kesihatan dan Komunikasi. Perniagaan seperti ini dikategorikan sebagai Ekonomi Matahari Terbit dimana ia mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya dalam satu jangkamasa yang panjang.
Di Malaysia pula, Kerajaan telah mensasarkan semua sekolah menjadi sekolah Bestari dimana pada ketika itu, para pelajar akan belajar melalui laman web dan portal pendidikan seperti Score A Programme. 

Score A Programme™ – 24 jam sehari, 365 hari setahun, bila-bila masa, di mana-mana jua !

Hanya dengan satu jam sehari, anda boleh mengubah prestasi anak anda menjadi jauh lebih cemerlang, gemilang dan berkeyakinan tinggi !



PENGIKTIRAFAN, SOKONGAN & PENGHARGAAN




TERBARU..

 SEBAHAGIAN RENTETAN PERISTIWA:
























25-3-2006 : Majlis Pelancaran Dan Penyerahan Portal Score A Parlimen Pagoholeh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Y.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyidddin Bin Haji Mohd. Yassin


Pelancaran Portal Pendidikan Score A peringkat negeri Johor oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato Sri Hishamuddin Bin Tun Hussein -3 Mac 2006


21-7-2005 : Majlis Penyerahan Score A di Pasir Gudang, JB, oleh Menteri Usahawan Koperasi dan Pembangunan, Y.B. Datuk Mohamed Khaled Nordin.



21-9-2005 : Majlis Menandatangani Perjanjian Pendidikan Anak-Anak Kakitangan Penjara Dengan Score A, olehTimbalan Menteri, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Y.B. Dato' Noh Bin Omar.


30-1-2004 : Sarawak Scholars' Night,by Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Y.B. Dato' Sri Haji Adenan Bin Satem.

25-8-2002 : Launching of Score A Programme™, Sekolah Wawasan, Subang Jaya, Selangor, oleh Deputy Minister of Education, Y.B. Dato' Aziz Shamsuddin.

LAGI BERITA KECEMERLANGAN PROGRAMME SCORE A


Pada Selasa/17.Nov.09 di suratkhabar Kosmo...sekali lagi Score A Programme diberi perhatian EKSKLUSIF dan pendedahan PERCUMA oleh wartawan KOSMOkerana kecermerlangan serta prestasi Score A Programme dalam komitmen menyediakan para pelajar menghadapi peperiksaan dan  mendapat keputusan cemerlang.

TEKNOLOGI USM BERUPAYA BANTU PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH SELURUH NEGARA
 
PULAU PINANG, 31 Jan: Selaras dengan misi perkongsian ilmu dengan masyarakat, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini memperkenalkan produk ‘I-Teacher’ yang dihasilkan bagi membantu proses pembelajaran di peringkat sekolah.

‘I-Teacher’ dihasilkan menerusi penyelidikan tiga tahun Prof. Hanafi Atan, Prof.Madya Zuraidah Abdul Rahman dan Prof.Madya Omar Majid, pensyarah di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM dan bakal dipasarkan kepada rakyat di negara ini menerusi kerjasama USM dengan dua syarikat berasaskan teknologi pendidikan, e-Educator Sdn. Bhd. dan Kenshido International Sdn. Bhd.

Produk berasaskan internet tersebut dilengkapi dengan pengisian mengikut silibus Kementerian Pelajaran Malaysia selain disokong oleh animasi interaktif, elemen bimbingan avatar, persembahan slaid dan ciri-ciri pemantauan perkembangan semasa pelajar.

BUat masa ini, ‘I-Teacher’ direkabentuk dengan khusus bagi membantu pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia.

T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Hj. Abdul Rahman bin Hj. Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ketika melancarkan pemasaran produk ‘I-Teacher’ dan sebuah lagi produk pembelajaran syarikat Kenshido International Sdn. Bhd., SCORE-A berkata langkah memasarkan hasil inovasi dari sesebuah universiti demi manafaat masyarakat sesebuah negara adalah hasil kejayaan yang amat dinantikan oleh semua.

“Tambahan lagi, ia melibatkan produk pendidikan untuk pelajar sekolah. Kita sedia maklum, pendidikan anak-anak remaja adalah aspek penting dalam pembangunan negara. Oleh itu, kejayaan ini adalah sesuatu yang amat dinantikan,” kata beliau.

Tambah beliau lagi, corak pembelajaran masa kini juga harus diteliti dan disesuaikan dengan kehendak, keperluan dan persekitaran semasa generasi pelajar yang kini hidup dalam zaman ICT.

‘Kini telah wujud generasi baru yang dikenali sebagai ‘Digital Natives’. Mereka ini lahir pada akhir tahun 1970an dan dibesarkan dalam dunia di mana teknologi sudah wujud dan kian giat berkembang. Seharusnya wujud pertimbangan agar sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan warga ‘Digital Natives’ ini,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal. Timbalan Naib Canselor (Ha Ehwal Akademik dan Antarabangsa) mewakili Naib Canselor USM berkata pihak universiti sentiasa memberi penekanan kepada usaha-usaha untuk membangunkan hasil penyelidikan universiti ke arah komersialisasi.

“USM misalnya telah menyalurkan pelbagai dana penyelidikan seperti Geran Penyelidikan ‘Research University’, Geran Penyelidikan Jangka Pendek, Geran Insentif dan sebagainya bagi membolehkan usaha ini dilaksanakan. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi turut tidak ketingalan membantu dalam usaha ini.

“Pemasaran produk adalah KPI yang perlu diperolehi bagi penyaluran dana keada staf akademik. Pembangunan produk ‘I-Teacher’ yang dibangunkan menerusi geran penyelidikan USM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini adalah satu kejayaan amat kami banggakan,” kata beliau.

Majlis pelancaran tersebut turut menyaksikan penandatanganan Perjanjian Kerjasama di antara USM dan e-Educator Sdn. Bhd dan juga penandatangan Perjanjian Kerjasama di antara e-Educator Sdn. Bhd. dengan Kenshido International Sdn. Bhd.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Prof. Madya Habibah Hj. Lateh, Dekan, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, En. Jason Kok, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Presiden, Kenshido International Sdn. Bhd dan En. Abdul Shukor, Pengarah, e-Educator Sdn. Bhd.

Nota Gambar: INOVASI UNTUK PENDIDIKAN NEGARA… T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Abbas menekan kekunci pada computer riba bagi menyempurnakan pelancaran pemasaran ‘I-Teacher’ dan SCORE-A di USM hari ini sambil diperhatikan oleh Prof. Ahmad Shukri (dua dari kanan), Prof. Madya Habibah (paling kanan) dan En. Abdul Shukor (kiri). Turut kelihatan ialah En. Jason Kok.



percaya - peluang - rezeki

Saturday, January 29, 2011

Greeting

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam 1 Malaysia.

Percayalah suatu hari nanti anda akan berjaya walau apa yang anda buat untuk masa depan anda.